Antarabangsa

US Gesa Rejim Israel Benar Umat Islam Beribadat Di Al-Aqsa Bulan Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 01 Mac 2024 – Amerika Syarikat (AS) menggesa entiti haram Israel membenarkan umat Islam beribadat di perkarangan masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada bulan Ramadan tahun ini.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, “Memandangkan ia berkaitan dengan Al-Aqsa, kami terus menggesa Israel untuk memudahkan akses (umat Islam) untuk melakukan ibadat dengan aman semasa Ramadan selaras dengan amalan masa lalu.”

Tambahnya, “Itu bukan sahaja perkara yang betul untuk dilakukan, ia bukan hanya soal memberi orang kebebasan beragama yang mereka layak dan yang mereka ada hak, tetapi ia juga perkara yang secara langsung penting untuk keselamatan Israel.”

Miller berkata demikian susulan cadangan seorang menteri sayap kanan Israel untuk menghalang rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki untuk melaksanakan solat di Masjid Al-Aqsa.

Dalam pada itu, gerakan pejuang pembebasan Palestin, Hamas telah menyeru rakyat di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan kawasan yang diduduki Zionis untuk pergi ke Al-Aqsa dari hari pertama bulan Ramadan, sama ada secara berkumpulan atau bersendirian, untuk berdoa di sana sekali gus memecahkan kepungan di kawasan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: