Tempatan

400 Ribu Batang Rokok Terapung Di Lautan, Dirampas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 13 April 2023 – Maritim Negeri Kelantan merampas sejumlah 40 kotak rokok putih yang ditemui terapung pada jarak lebih kurang 25 batu nautika daripada muara Tok Bali, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kapten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, kesemua 40 kotak tersebut mengandungi lebih kurang 400,000 batang rokok putih dan dianggarkan bernilai RM418,000.

BACA JUGA: Kes Penghantar Makanan Dipotong Gaji, Menteri Arah Kementerian Siasat Segera
BACA JUGA: Tidak Cukup Pemandu Punca Tiada Bas Tambahan Raya
BACA JUGA: Salah Guna Kod QR, JAKIM Gesa Masjid Surau Pantau

40 kotak rokok itu ditemui dalam bungkusan berwarna coklat yang timbul di permukaan air dalam keadaan berselerak oleh bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua 40 bungkusan berwarna coklat yang ditemui merupakan rokok putih yang disyaki tidak berkastam.”

“Kesemua 40 kotak rokok tersebut seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Maritim Negeri Kelantan mengesyaki penyeludup tidak sempat mengambil kesemua rokok terapung ini dan terpaksa meninggalkan bungkusan rokok berkenaan setelah menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia.

Rokok yang ditemui ini juga disyaki akan dipasarkan di beberapa tempat di Pantai Timur untuk kegunaan lebih kurang 20,000 perokok.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” maklumnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: