Antarabangsa

Google Digodam, Pengguna Digesa Update Untuk Perlindungan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 07 Februari 2022 – Pengguna Google diberi amaran untuk berjaga-jaga selepas laman sesawang terbesar itu mengesahkan sebanyak 27 eksploitasi telah ditemui dalam Chrome.

Daripada jumlah ini, Google memberi amaran bahawa lapan diklasifikasikan sebagai menimbulkan tahap ancaman ‘Tinggi’.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Pengguna sistem pengendalian Windows, Mac dan Linux semuanya terjejas.

Berikutan serangan ini, Google menggesa semua pengguna untuk mengemas kini versi Google mereka kepada Google 98.

Menurut Google, Chrome 98 adalah versi stabil terbaharu pelayar web syarikat itu yang telah membetulkan 27 isu keselamatan yang timbul susulan serangan.

Para pengguna Chrome bolehlah mengemaskini pelayar 98.0.4758.80/81/82 khususnya untuk Windows dan 98.0.4758.80 untuk Mac dan Linux.

Untuk melihat sama ada Chrome 98 telah dilancarkan ke komputer anda, pergi ke Tetapan > Bantuan > Perihal Google Chrome.

Jika penyemak imbas Chrome anda disenaraikan sebagai 98.0.4758.80 atau lebih tinggi ia bermakna anda dilindungi dari serangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: