Tempatan

Pelaku Terlibat Dengan Sindiket Kartel Daging Tidak Halal Didakwa Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

JOHOR BAHRU, 22 April 2021 – Pengarah serta syarikat pengimport daging sejuk beku yang disyaki terlibat dalam kegiatan kartel daging yang didedahkan tahun lalu akan didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 8.45 pagi.

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), syarikat sejuk beku bersama dua pengarahnya itu masing-masing akan berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang larangan.

Pada 9 Februari lalu, sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya, didakwa di Mahkamah Sesyen atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku, awal Disember lalu.

Tertuduh, iaitu Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengarahnya Yong Chee Keong, 40, dan Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia selain menggunakan logo halal palsu serta menggunakan logo halal tanpa kelulusan daripada badan persijilan halal Australia.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini antara 1 hingga 3 Disember 2020.

Pada 2 Disember lalu, rakyat Malaysia khususnya Muslim dikejutkan dengan sindiket kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: