Tempatan

Selepas Banjir Besar, Shah Alam Dilanggar Taufan Pula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 27 Januari 2022 – Penduduk di beberapa kawasan di Shah Alam menjadi huru-hara dan panik apabila kawasan itu ditimpa hujan batu disertai ribut taufan yang sangat dahsyat dalam kejadian petang tadi.

Hal ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kerana mereka baru sahaja ditimpa dengan banjir besar yang telah banyak meragut nyawa dan harta benda baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 12 saat yang dikongsikan oleh pengguna media sosial itu, ribut taufan yang datang itu bukan sahaja menerbangkan bumbung-bumbung bangunan dan tempat parkir, tetapi juga menumbangkan pokok besar yang wujud di situ.

Akibat dari itu, kenderaan-kenderaan yang berada berdekatan turut rosak dihempap pokok berkenaan.

Setakat ini, kawasan yang dikenal pasti mengalami bencana alam ini adalah Seksyen 13 dan Glenmarie yang juga pernah dilanda banjir sebelum ini.

Terdahulu, lebih 2,000 rumah di Taman Sri Muda dilaporkan tenggelam selama lima hari dalam kejadian banjir luar biasa yang melanda hampir seluruh negara pada 18 Disember lalu.

Menurut, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, seramai 14 orang mangsa banjir meninggal dunia ketika bencana berkenaan dan 12 daripadanya dilaporkan dari Taman Sri Muda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: