Antarabangsa

PENDEDAHAN: Hubungan Rahsia Pemimpin Gereja Vatican Dengan Hitler Terbongkar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 02 Jun 2022 – Perjumpaan dan perbincangan antara Pope Pius XII di Gereja Vatican dengan Adolf Hitler yang dirahsiakan hampir 80 tahun kini terbongkar apabila dokumen-dokumen yang dahulunya disimpan rapi didedahkan kepada umum.

Menurut rekod yang didedahkan The Atlantic, perjumpaan rahsia antara pemimpin gereja dengan pemimpin tertinggi angkatan tentera Nazi Jerman itu diadakan sejurus sebelum tentera Nazi mula menakluki Poland, sekaligus mencetuskan Perang Dunia Ke-2.

Perjumpaan rahsia antara pemimpin gereja dengan pemimpin tertinggi angkatan tentera Nazi itu dikatakan telah disimpan dengan begitu rapi sehinggakan duta Jerman ke Vatican sendiri tidak mengetahui tentang hal ini.

Bagaimana perjumpaan ini boleh berlaku dan apakah isi kandungannya?

Sebelum Pope Pius XII dinobatkan sebagai pemimpin Vatican, jawatan Pope dipegang oleh Pius XI, seorang yang sering mengkritik pentadbiran Hitler di Jerman kerana dakwanya Hitler sering mengganggu urusan gereja di sana.

Namun, setelah Pope Pius XI meninggal dan digantikan dengan Pope Pius XII, Hitler sedar bahawa peluangnya cerah untuk ‘berbaik’ dengan pihak gereja, sekaligus melancarkan karier politiknya.

Hitler menghantar wakilnya untuk mengaturkan sebuah perbincangan bersama Pope Pius XII, namun Pope Pius XII khuatir hal ini diketahui orang ramai. Akur dengan kerisauan Pope tersebut, Hitler mengaturkan supaya perjumpaan diadakan di sebuah lokasi rahsia pada 11 Mei 1939.

Berikut merupakan antara kandungan perbincangan yang berlaku:

i) Pope Pius XII bersetuju untuk ‘berbaik’ dengan Hitler dengan syarat Hitler berhenti menutup gereja-gereja di Jerman.
ii) Hitler juga perlu berhenti membawa paderi-paderi yang terpalit kes jenayah seksual ke muka pengadilan.
iii) Media Jerman perlu berhenti menghebahkan berita-berita tentang kesalahan seksual dalam kalangan paderi dan hanya menyebarkan berita-berita yang baik tentang mereka.

Beberapa pertemuan lain turut dilakukan antara orang kanan Hitler dengan Pope Pius XII, di mana salah satunya berlaku pada 26 Ogos, dua minggu sebelum Hitler meletuskan Perang Dunia Kedua.

Setelah perbincangan tersebut, mulut Pope Pius XII dikatakan telah ‘digam’ dari mengeji kegiatan Nazi.

Salah sebuah peristiwa yang paling signifikan adalah apabila Pope Pius XII berdiam diri dalam keadaan banduan Yahudi ditempatkan sementara berhampiran Vatican sebelum dihantar ke ‘bilik gas’ untuk dibunuh beramai-ramai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: