Terkini

Kadar Kematian Selepas Divaksin Dalam Jangkaan – Pengeluar Vaksin Pfizer-BioNTech

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OSLO – “Insiden kematian yang berlaku setakat ini tidak mengejutkan dan mengikut jangkaan.”

Demikian kenyataan dari pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech susulan 23 orang penerima suntikan vaksin Covid-19 di Norway meninggal dunia selepas suntikan dos kali pertama.

Menurut laporan sebuah portal antarabangsa, pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech itu kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Norway bagi menyiasat kes kematian ini.

Pihak berkuasa Norway kini mengeluarkan amaran bahawa suntikan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 memberi kesan buruk kepada golongan berusia dan berpenyakit kronik.

Laporan bedah siasat menunjukkan, 13 daripada mereka mengalami kesan sampingan dan tindak balas yang teruk disebabkan tubuh badan yang lemah dan berusia.

“Bagi mereka yang sangat lemah tubuh badannya, suntikan vaksin walaupun dengan dos yang sederhana boleh menyebabkan tindak balas serius terhadap ketahanan tubuh,” ujar Institut Kesihatan Awam Norway.

Daripada 29 kes kesan sampingan berpotensi yang disiasat, hampir tiga perempat daripadanya merupakan golongan berusia 80 tahun ke atas.

Tambah institut itu lagi, bagi golongan berpenyakit kronik, menerima suntikan vaksin Covid-19 sebenarnya tidak berapa membantu kesihatan mereka.

“Bagi mereka yang berpenyakit kronik, suntikan vaksin cuma beri faedah kesembuhan yang sedikit atau langsung tidak relevan.”

Dalam laporan lain, terdapat ahli Kongres AS yang dilaporkan positif Covid-19 selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: