Tempatan

Jerebu: Bilangan Untuk Dapatkan Rawatan Masalah Pernafasan Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 20 April 2023 – Bilangan orang yang mendapatkan rawatan perubatan untuk masalah pernafasan telah meningkat susulan keadaan jerebu yang semakin teruk, menurut Perunding Perubatan Dalaman, Dr Evelyn Chan.

Kata beliau, terdapat lebih ramai orang yang mendapatkan rawatan di hospital untuk serangan asma secara tiba-tiba, semput, sesak nafas dan rinitis alahan dalam tempoh dua minggu lalu.

“Mereka yang mempunyai masalah kesihatan asas seperti asma dinasihatkan untuk menyimpan inhaler mereka pada setiap masa.”

“Kami juga menasihatkan orang ramai untuk mengambil suntikan selsema dan kekal di dalam rumah.”

BACA JUGA: Aidilfitri: Ribut Petir Dijangka Landa Malaysia Dua Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Solat Raya: JAKIM Saran Jemaah Memakai Pelitup Muka

BACA JUGA: Jadual Kutipan Sampah Dianjak Pada Raya Ini

Beliau turut menyarankan orang ramai agar memakai pelitup muka sekiranya keluar dan meminum lebih banyak air untuk kekal hidrasi.

Bagi Perunding Otorinolaringologi, Dr Sow Yih Liang, terdapat sedikit peningkatan dalam pesakit yang mengalami alahan hidung.

Katanya, ada yang datang dengan rinitis alahan, di mana ia hampir sama dengan asma tetapi ada kaitan dengan hidung.

“Ia adalah alahan biasa yang mengakibatkan bersin dan hidung berair. Ini berlaku apabila terdapat jerebu dan ia mencetuskan hipersensitiviti dalam hidung.”

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini menasihatkan agar orang ramai memakai pelitup muka yang sesuai susulan kemerosotan udara dengan keadaan berjerebu di beberapa kawasan.

Menurut KKM, negara sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: