Tempatan

Gesa Kerajaan Mansuhkan DLP, Kumpulan Dilabel “Ultra-Nasionalis”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 27 Februari 2023 – Kumpulan yang menggesa agar dual-language programme (DLP) dimansuhkan adalah “ultranasionalis”, menurut Noor Azimah Abdul Rahim, Ketua Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan.

“Mahir hanya dalam bahasa kebangsaan mengehadkan pengetahuan dan pendedahan, terutamanya jika negara ingin menarik syarikat teknologi untuk membuka cawangan di Malaysia,” kata beliau.

Jelas beliau, dengan memansuhkan DLP, ia akan memudaratkan kemajuan murid sekolah serta memburukkan pelan tindakan pendidikan Malaysia bagi 2013-2025 yang menyatakan bahawa bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan.

BACA JUGA: Amaran: Hujan Berterusan Di Sarawak Hari Ini

BACA JUGA: 6 Premis Hiburan Diserbu, 3 Diarah Tutup Serta Merta

BACA JUGA: Tan Sri Musa Hassan Persoal Bagaimana Sindiket ‘Scammer’ Antarabangsa Beroperasi 4 Tahun Lama?

Katanya, gesaan untuk memansuhkan DLP ini disuarakan oleh kumpulan yang dipanggil Majlis Perundingan Melayu yang menyatakan bahawa program tersebut tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

Sebuah lagi kumpulan pendidikan dikenali Melaka Action Group for Parents in Education berkata, pihak Kementerian Pendidikan perlu memperkasakan DLP daripada memansuhkannya dengan menyediakan lebih banyak latihan kepada guru yang masih belum mahir mengajar dalam bahawa Inggeris.

Pengerusi kumpulan tersebut, Mak Chee Kin turut mempersoalkan mereka yang menggesa untuk memansuhkan DLP dengan mengatakan,

“Bukankah lebih baik untuk mendedahkan pelajar kita kepada Bahasa Inggeris lebih awal daripada menukar secara tiba-tiba apabila mereka memasuki peringkat pengajian tinggi?”

Kata beliau, pengkritik DLP harus melihat kepada penambahbaikan progresif yang dilakukan Sarawak dengan melaksanakan PPSMI di peringkat rendah.

Berbeza pula pandangan daripada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Fouzi Singon yang mengatakan bahawa NGO harus melihat DLP dari sudut positif, namun, sekolah tidak seharusnya dipaksa untuk melaksanakan DLP berikutan kuota yang ditetapkan pegawai pendidikan daerah atau negeri.

“Ia harus ditawarkan kepada kumpulan pelajar yang bersedia untuk menjadi pemimpin dan golongan profesional negara,” katanya.

Untuk makluman, DLP ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 namun ia dibantah dan dimulakan pada tahun 2016 sebagai sebuah program untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: