Tempatan

Gereja St. Paul Jadi Mangsa Vandalisme, Kumpulan Mahu Sekuriti Ditingkatkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 03 Mei 2023 – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah menyatakan bahawa keselamatan gereja tertua di Asia Tenggara, Gereja St. Paul akan dipertingkatkan dalam usaha bagi menghalang vandalisme.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Pengerusi PERZIM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz sewaktu sesi lawatan beliau di Bukit St. Paul pada Selasa lalu.

BACA JUGA: 86 Hari Mogok Lapar, Pejuang Palestin Syahid Di Penjara Zionis

BACA JUGA: Peruntukan Tahunan Kepada Sekolah Cina Bertentangan Dengan Akta Pendidikan – Peguam

BACA JUGA: TERKINI: Abai & Aniaya Remaja Sindrom Down, Siti Bainun Didapati Bersalah

Menurut beliau, pasukan beliau akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melantik lebih banyak pegawai penguat kuasa untuk ditempatkan di tapak bersejarah tersebut bagi menjaga bahan sejarah dan persekitaran kawasan itu.

Menurutnya lagi, pihak mereka juga akan melihat beberapa pendekatan dalam usaha bagi menghentikan vandalisme di Bukit St. Paul dan beberapa tapak lain, selain daripada memasang kamera litar tertutup.

Lawatan yang dibuat oleh Pengerusi PERZIM itu dibuat setelah pihak tersebut menerima beberapa aduan mengenai kesan vandalisme yang terjadi di puncak bukit tersebut.

Menurut Akramuddin, mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan vandalisme itu akan berdepan dengan tindakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan yang boleh menyebabkan hukuman penjara maksimum sehingga 5 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau keduanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: