Tempatan

Gerakan Subversif Terancang Wujudkan Pemerintahan Republik Sekular Malaysia – Tan Sri Musa Hassan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 25 April 2021 – “Wujudnya gerakan menggulingkan sistem Raja-Raja Melayu ini kerana ada golongan ahli-ahli politik yang membawa gerakan ini untuk menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu,” kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam isu buli siber terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Ini kerana mereka melihat sistem Raja-Raja Melayu melindungi tiga perkara. Pertama, melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan, kedua sistem ini mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan ketiga, golongan ahli politik ini ingin mewujudkan sebuah republik yang semestinya tiada sistem beraja.”

Tambah beliau, ini adalah satu gerakan terancang oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menghasut rakyat untuk bersama-sama mewujudkan pemerintahan sekular agar Islam tidak lagi memainkan peranan dalam pentadbiran Negara.

“Gerakan ini terancang dan mendapat sokongan dari badan-badan dan persatuan dari luar negara.”

Apabila perkara ini berlaku, secara automatik kuasa agensi-agensi penguatkuasaan agama serta Majlis Agama Islam yang diketuai oleh Sultan di setiap negeri berkurang dan undang-undang Syariah ditolak keluar.

Jelas beliau lagi, tanpa Raja-Raja Melayu, maka tiada check and balance terhadap pemerintah kerajaan.

“Mereka (kerajaan) boleh berbuat sesuka hati.”

Tegas beliau, tindakan  menggulingkan Raja-Raja adalah suatu kesalahan khianat yang merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121B di mana pesalah boleh dikenakan penjara seumur hidup dan denda.

“Siasatan boleh dijalankan dengan menggunakan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, (SOSMA), memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, bagi mengekang perkara ini, setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan Rukunegara agar tidak menimbulkan kegawatan yang boleh merosakkan sistem kenegaraan yang sedia ada.

Selain itu, penguatkuasa perlu bertindak tegas terhadap kumpulan-kumpulan yang ingin merosakkan sistem kenegaraan dan pentadbiran negara.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri atau Menteri yang bertanggungjawab tentang keselamatan dan pertahanan Negara perlu membuat kenyataan mengutuk tindakan mereka yang ingin mengganggu-gugat Sistem Beraja di Malaysia.

“Isu yang melibatkan cyberbullying terhadap Permaisuri Agong tidak sepatutnya berlaku. Ini menunjukan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak mempunyai adab dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: