Antarabangsa

Gerakan Pejuang Pembebasan Palestin Perkukuh Operasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 27 Ogos 2022 – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (HAMAS) dan gerakan Jihad Islam Palestin (PIJ) kini memperkukuhkan operasi pembebasan tanah Palestin dengan pilihan beberapa langkah strategik dan penyelarasan padu antara semua gerakan perjuangan Palestin.

Kumpulan ini telah mewujudkan bilik gerakan bersama yang merangkumi semua gerakan pejuang pembebasan Palestin bagi menguruskan pertentangan terhadap rejim haram aparteid Israel. Kesemua kumpulan pejuang akan berusaha mengukuhkan peranan serta status bilik gerakan itu sehingga pembebasan tanah Palestin menjadi kenyataan.

Dalam pada itu kedua-dua gerakan itu telah memberi amaran kepada rejim haram aparteid Israel terhadap sebarang pengkhianatan ke atas rakyat Palestin sekali gus menegaskan penentangan berani mereka.

Dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat kepimpinan peringkat tertinggi di Gaza, HAMAS dan PIJ mengatakan bahawa rakyat Palestin akan meneruskan penentangan mereka, bersenjatakan kepercayaan kepada Tuhan, semangat tanah air dan hak legasi sejarah mereka ke atas tanah Palestin.

Kenyataan itu juga berkata, rakyat Palestin percaya bahawa penentangan menyeluruh dalam semua bentuk, terutamanya penentangan bersenjata adalah satu-satunya cara untuk membebaskan tanah umat Islam itu. Mereka menyifatkan penyelesaian lain hanyalah ilusi dan khayalan.

Dalam pada itu, mereka menuntut agar Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat menghentikan penangkapan pejuang Palestin dan membebaskan kesemua tahanan politik, khususnya di penjara Areeha.

Gerakan itu turut menyeru PA menamatkan kerjasama keselamatan dengan rejim Zionis Israel dan melancarkan penentangan yang sebenar.

Kesungguhan mereka mempertahankan Palestin dibuktikan melalui pembentukan Majlis Kebangsaan Palestin yang mewakili semua rakyat Palestin di dalam negara tersebut dan di luar negara.

Mengakhiri kenyataan tersebut, HAMAS dan PIJ mengucapkan terima kasih kepada semua orang Arab dan Islam serta mereka yang bebas kerana berdiri bersama rakyat Palestin menentang pencerobohan rejim aparteid Israel baru-baru ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan tiga minggu selepas serangan tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan komander kanan Jihad Islam, Tayseer Jabari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: