Antarabangsa

AS Gesa Suntikan Booster Subvarian Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 21 Ogos 2023 – Pentadbiran Joe Biden kini telah merangka untuk menggesa kesemua warga Amerika Syarikat (AS) mendapatkan suntikan penggalak coronavirus pada musim luruh ini.

Perancangan bagi gesaan tersebut, menurut pegawai White House adalah untuk melawan gelombang baharu jangkitan virus itu.

Pegawai tersebut menyatakan bahawa kini Centres for Disease Control and Prevention sedang melaporkan peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital disebabkan virus tersebut.

Pada Khamis lalu, Moderna telah mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa data awal yang diperolehi pihak mereka menunjukkan bahawa vaksin Covid-19 yang telah dikemas kini adalah berkesan bagi melawan sub-varian “Eris” dan “Fornax” pada manusia.

BACA JUGA: USA Semakin Mundur Ketahap Dunia Ketiga: Trump

BACA JUGA: Dasar Gaji Progresif Singapura Wajar Dicontohi, Utamakan Pekerja Tempatan

BACA JUGA: WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan

Moderna beserta para pengeluar vaksin yang lain seperti Novavax, Pfizer, serta BioNTech SE telah menghasilkan vaksin versi mereka tersendiri dalam mensasarkan sub-varian XBB.1.5.

Vaksin yang kelulusannya kini sedang ditangguhkan di AS dan Eropah itu dijangkakan akan diedarkan dalam beberapa minggu lagi bagi siri vaksinasi musim luruh.

Pegawai White House tersebut telah mengeluarkan kenyataan bagi menggalakkan warga AS untuk menyuntik beberapa jenis vaksin menerusi kenyataannya,

“Kami akan menggalakkan warga AS untuk mendapatkan suntikan penggalak tersebut selain daripada suntikan flu dan juga suntikan RSV”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: