Antarabangsa

Genosid Kebuluran: 22 Uyghur Maut Kebuluran Dalam Satu Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

XINJIANG, 22 September 2022 – Sekurang-kurangnya 22 orang meninggal dunia akibat kebuluran atau kekurangan rawatan perubatan dalam satu hari di bawah dasar ‘Sifar COVID’ China di bandar Ghulja di utara Xinjiang.

Menurut laporan media, lebih 600 kebanyakannya golongan muda dari warga dari sebuah kampung di Ghulja telah ditahan oleh pihak berkuasa di Xinjiang selepas mereka mengadakan protes jalanan secara aman terhadap kekurangan makanan yang telah menyebabkan kebuluran dan kematian.

Video-video yang menunjukkan penderitaan dan kebuluran orang Uyghur pula didapati telah dipadamkan oleh kerajaan China di mana video-vidoe tersebut menunjukkan keadaan penduduk yang bergelut untuk mengakses makanan dan rawatan perubatan, dengan ada yang mengatakan ahli keluarga mati kelaparan.

Dasar ‘Sifar COVID’dan ujian mandatori China yang tidak berkompromi, yang turut menyebabkan penderitaan di Tibet dan di banyak bandar di timur China, menambah satu lagi lapisan penindasan bagi 12 juta kaum Uyghur.

Melalui dasar itu, kerajaan China mengurung penduduk Uyghur di rumah-rumah mereka, menyekat laluan keluar dan masuk dan menyekat pemberian stok makanan sejak dari bulan lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: