Tempatan

Komedi Hina Islam : Satu Keluar, Sejuta Allah Bawa Masuk Islam – Nabil Ahmad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 18 Julai 2022 – Baru-baru ini tular sebuah video seorang penyampai radio dan pelawak terkenal, Ahmad Nabil Ahmad di mana beliau menyentuh berkenaan isu penghinaan terhadap Islam oleh seorang wanita dengan mengingatkan bahawa masalah ini adalah masalah setiap orang Islam.

“Tolong, kita sama-sama jangan rasa ini masalah diaorang, ini masalah Crackhouse. Tak! Ini masalah kita semua.”

Justeru, tegas beliau “Kalau baru-baru ini ada orang dia Islam, dia nak tunjuk dia keluar daripada agama. Ini hari agama masuk dalam diri kita ini,” dan beliau kemudian dengan bangganya menyarung jubah beserta kopiah sambil menyeru semua yang ada di situ untuk sama-sama membantu agama Allah dan bantu Islam.

Beliau yang popular dengan panggilan Nabil Ahmad menyatakan bahawa beliau mengambil kesempatan berada dalam industri hiburan untuk menggunakan platform tersebut dalam usahanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam.

“Saya nak minta media hari ini, saya ambil kesempatan media-media yang datang hari ini macam mana korang viralkan budak perempuan itu, kita viralkan apa benda yang berlaku hari ini. Satu orang nak cuba buat usaha agama. Saya ambil kesempatan di Era ini, saya minta maaf kepada bos saya, Hani dan semua team yang ada dekat sini.”

Dalam majlis tersebut beliau menyatakan kesungguhan memilih untuk terus kekal dalam industri sebagai anak seni untuk membuat usaha agama.

Nabil Ahmad turut berkongsi pesan yang diajar oleh ustaznya yang mengingatkan supaya “Jangan risau kalau ada orang nak keluar daripada agama, satu orang nak keluar agama, sejuta orang Allah boleh bawa masuk dalam agama.”

“Hari ini kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu,” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan perlakuan menghina Islam oleh seorang wanita bernama Siti Nuramira Abdullah yang berasal dari Kuala Kangsar.

Terbaru, tular kenyataan oleh seorang lelaki menghina Allah S.W.T., Nabi Muhammad S.A.W., dan agama Islam.

Walau bagaimanapun, lelaki yang menghamburkan kenyataan menghina Islam di media sosial telah ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan bakal disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: