Tempatan

Gengster Jaga Tempat Lupus Sampah Haram – ADUN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 04 Disember 2022 – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Infrastruktur Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, kewujudan tonto di sekitar tapak sampah haram, halangan secara fizikal dan provokasi daripada pihak tertentu termasuk kumpulan gengster yang bertindak sebagai operator tapak pelupusan sampah haram, antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram di negeri itu.

Kumpulan gangster dan tonto itu malah bekerjasama dalam menghalang pihak penguat kuasa untuk bertindak membasmi aktiviti pembuangan sampah haram beserta tapak sampah haram di Selangor.

“Mereka menghalang tindakan penguatkuasaan dan melakukan provokasi, malah dibantu tonto di sekitar tapak, yang memberi maklumat mengenai keberadaan pihak penguat kuasa,” kata Ng Sze Han yang juga merupakan ADUN Kinrara.

Walau bagaimanapun, ujarnya, tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada operator sampah haram, yang menggunakan tanah orang lain.

“Kuasa perundangan untuk dikenakan ke atas operator yang menjalankan, bukan yang membuang adalah tidak jelas. Malah, jumlah denda yang dikenakan bagi kesalahan berkaitan adalah tidak relevan.”

Tambahnya, “Ada juga rumah ibadat yang didirikan dalam kawasan tapak pelupusan sampah haram ini dan pihak terbabit menggunakan isu keagamaan apabila penguatkuasaan dijalankan.”

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Edry Faizal Eddy Yusof (PH-Dusun Tua) yang ingin tahu halangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membasmi tapak sampah haram, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: