Tempatan

Generasi ‘Undi 18’ Cukup Matang Untuk Buat Keputusan Sendiri – MP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI BULOH, 12 Jun 2023 – “Anda memberi kuasa kepada seseorang yang berusia 18 tahun untuk menentukan nasib, masa depan dan kerajaan negara ini, tetapi anda tidak rasa mereka cukup bertanggungjawab untuk memutuskan sama ada mereka boleh merokok?” persoal Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan.

Lapor media tempatan berbahasa Inggeris, kenyataan ini dikeluarkan bagi menyatakan ketidaksetujuannya terhadap cadangan dasar ‘Generational End Game’ (GEG) atau ‘Generasi Penamat Rokok’.

BACA JUGA: Retorik Jatuhkan Kerajaan, Hadi Awang, Shahidan Kassim Disiasat Akta Hasutan

BACA JUGA: Siam Boleh Tuntut Kedah: PMX Jangan Merepek Bab Sejarah Negara – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Gunakan MyKad, Sekat Ketirisan Subsidi

Dalam sidang media di Parlimen baru-baru ini, Datuk R. Ramanan berkata, Kerajaan boleh melaksanakan cukai yang lebih tinggi ke atas rokok dan bukannya menyekat generasi ‘Undi 18’ daripada membuat keputusan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menekankan kemungkinan kehilangan hasil cukai yang mungkin datang daripada jualan rokok, dan isu privasi berkaitan pengesahan umur yang perlu dilakukan oleh penjual rokok selaras dengan memastikan pembeli dilahirkan selepas 2007.

Tegasnya lagi, dasar GEG memerlukan lebih banyak kajian dan penyelidikan sebelum ia boleh dilaksanakan dan negara lain tidak melaksanakan undang-undang sedemikian dan hanya menelitinya.

“Tambahan pula, banyak pekerjaan akan hilang dan banyak kedai terpaksa ditutup untuk menampung dasar tersebut, terutamanya yang berada dalam industri vape,” katanya lagi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dasar Generasi Penamat Rokok bermatlamat untuk melindungi generasi muda di Malaysia daripada menjadi mangsa ketagihan produk merokok termasuk rokok elektronik/vape.

Dalam hebahan berlainan, KKM turut memaklumkan, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bacaan kali pertama akan dibentangkan di Sidang Parlimen Dewan Rakyat pada 12 Jun 2023 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: