Tempatan

Gen Z Lebih Bijak Urus Kewangan, Cenderung Melabur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2024 – Sebuah kajian mendapati generasi muda kini lebih bijak mengurus kewangan dan cenderung ke arah pelaburan daripada sangkaan sebelum ini.

Memetik laporan berhubung dapatan Etiqa’s Gen Z Financial Health Survey, perkara ini didorong oleh kenaikan kos sara hidup dan perubahan struktur ekonomi yang memaksa generasi muda mempertimbangkan semula simpanan dan pelaburan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurance & Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, “Berdasarkan kajian yang telah dibuat, generasi muda di Singapura dan Malaysia aktif merombak strategi simpanan dan pelaburan mereka selain banyak mendapatkan panduan daripada pempengaruh dalam talian.”

“Walaubagaimanapun, generasi kedua-dua negara ini mempunyai tahap keyakinan yang berbeza di mana golongan muda di Malaysia lebih tertarik untuk melabur dalam instrumen berisiko rendah seperti insurans.”

“Mereka bukan sahaja menangguhkan pembelian besar seperti hartanah dan kereta malahan 55 peratus Gen Z di Malaysia telah mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan dengan kurang makan di luar manakala 33 peratus tekad untuk menambah ilmu pelaburan untuk menjana pendapatan,” dedah Kamaludin lagi.

Institut Penyelidikan Pasaran Modal Malaysia (ICMR) pula memaklumkan, pempengaruh dalam talian turut memainkan peranan penting dalam membentuk budaya pelaburan di kalangan generasi muda.

Ujar institut itu, di Malaysia, mereka cenderung melabur dalam produk seperti insurans (33%), emas atau logam berharga (31%) dan unit amanah serta bon (27%).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: