Antarabangsa

Gempar Pokok Tumbuh Di Tanah Bulan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 16 Mei 2022 – Pihak saintis berjaya menanam pokok di atas tanah bulan yang dibawa balik oleh angkasawan menerusi program Apollo.

Menurut Jurnal Komunikasi Biologi, saintis berpendapat bahawa tidak mustahil suatu hari nanti tumbuhan boleh ditanam terus di bulan.

Ia sekaligus dapat memudahkan perjalanan yang lebih lama dan lebih jauh seterusnya dapat menjimatkan misi ke angkasa di masa hadapan.

Pihak saintis menggunakan 12 gram tanah bulan yang diambil dari banyak tempat sewaktu misi Apollo yang ke 11, 12 dan 17.

Mereka meletakkan segram tanah yang dipanggil ‘regolith’ kemudian dibasahkan dengan air lalu diletakkan benih tumbuhan. Mereka juga memberi larutan nutrien pada tanaman itu setiap hari.

Pihak saintis memilih untuk menanam spesies pokok _Arabidopsos thaliana_, sejenis tumbuhan sayur sawi kerana ia mudah untuk tumbuh selain ia telah digunakan untuk banyak tujuan penyelidikan.

Selepas 20 hari, pihak saintis menuai tumbuhan yang ditanam atas tanah bulan itu lalu diuji DNA nya.

Hasilnya, tumbuhan itu mempunyai tindak balas seperti tumbuhan di bumi yang ditanam luar daripada persekitaran sepatutnya.

Para saintis sedang menganalisis tentang bagaimana untuk memastikan kesesuaian persekitaran untuk tanah dan tumbuhan itu.

NASA ketika ini sedang mempersiapkan projek Artemis iaitu projek untuk kembali ke bulan dengan matlamat jangka panjang dalam mewujudkan kehadiran manusia di permukaannya.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: