GEMPAR!! Masjid Diroboh Untuk Besarkan Jalan
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PRAYAGRAJ, 18 Januari 2023 – Sebuah masjid diroboh atas alasan untuk membesarkan jalan di kawasan Handia, Uttar Pradesh awal minggu lalu.
Menerusi rakaman video yang dikongsi oleh Profesor Penyelidikan Keamanan dan Konflik, Ashok Swain di laman Twitter beliau, kelihatan sebuah jentolak sedang memusnahkan masjid tersebut sambil diperhatikan orang ramai.
Tegas beliau, “A historical mosque is being bulldozed in UP, India, to widen the road!”
A historical mosque is being bulldozed in UP, India, to widen the road! pic.twitter.com/IsUWunoIJy
— Ashok Swain (@ashoswai) January 15, 2023
Masjid itu yang dikenali sebagai Masjid Shahi mula dibina pada abad ke-16 semasa pemerintahan Sher Shah Suri, Sultan Empayar Suri di India.
Imam Masjid Shahi, Md Babul Hussain berkata, kes itu telah disenaraikan di bawah mahkamah rendah pada 16 Januari selepas Mahkamah Tinggi Allahabad menolak petisyen untuk menangguh cadangan perobohan pada Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, ia diranap terlebih dahulu sebelum sempat sampai ke mahkamah, ujarnya.
BACA JUGA: Bencana ASF Pulau Pinang: Lagi 4 Ladang Babi Dijangkiti
BACA JUGA: Tragedi Rempuhan Stadium Indonesia, 3 Pegawai Polis Dituduh Cuai
BACA JUGA: 1,000 Kawasan Potensi Tanah Runtuh Dikenal Pasti, Namun Kementerian Akui Tiada Dana
“Kami memberitahu pegawai bahawa perkara itu akan dibawa ke mahkamah rendah tetapi masjid itu tetap dirobohkan,” luah Md Babul.
Dalam pada itu, video tular berkenaan dikongsi secara meluas oleh netizen dan wartawan terkemuka yang turut mengecam pentadbiran daerah dan kerajaan Uttar Pradesh atas perobohan tersebut.
With the 42nd Amendment of the Constitution of India enacted in 1976, the Preamble to the Constitution asserted that #India is a secular nation. But, just to widen up the road A historical mosque in UP was being bulldozed in #UP, #India. pic.twitter.com/uVVH0Kf78k
— Saffron Diaries (@SaffronDiaries) January 16, 2023
Shahi Masjid martyred in Handia, Allahabad, Construction was done during time of Sher Shah Suri, demolition was done in presence of Public Works Department for widening of GT Road!
Imam said The matter in lower court was listed for January 16th!!
pic.twitter.com/6D4pFNASiO— Ahmed Khabeer احمد خبیر (@AhmedKhabeer_) January 14, 2023