Gempar! Lelaki Kristian Mesir Curah Alkohol, Pijak & Lempar Al-Quran
ULYANOVSK, RUSIA – Seorang pencari suaka Kristian Mesir, Said Abu Mustafa mencemarkan al-Quran dengan mencurah alkohol, memijak serta melempar kitab suci itu ke Sungai Volga, Ulyanovsk, Rusia.
Menurut sebuah organisasi bebas, Documenting Oppression Against Muslim (DOAM) di laman Twitternya, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut sebagai tanda bersolidariti dengan seorang pelampau yang membakar al-Quran di luar masjid di Sweden baru-baru ini, Salwan Momika.
Lapornya, Said Abu Mustafa didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Salwan Momika di mana pada 02 Julai baru-baru ini, kedua-dua individu tersebut telah bersama-sama melakukan penstriman langsung.
BACA JUGA: Kepala Air Langgar Kampung, Jam 2 Pagi
BACA JUGA: Nelayan Haram Vietnam Mengganas, Tetak Pegawai APMM
BACA JUGA: 44% Pengundi Berdaftar PRN Berumur Antara 21-39 – Suruhanjaya Pilihan Raya
Dalam strim langsung itu, Said telah memuji Salwan Momika dan dalam masa yang sama beliau menghina Nabi Muhammad serta umat Islam.
Katanya, “Semoga Allah merahmati kamu, Salwan! Semua fikiran kami bersama anda. Saya mahu berada di sebelah anda dan semua saudara saya bersama anda! Anda, Salwan, adalah ketua semua Perang Salib.”
“Kami akan kencing di atas kubur Nabi Muhammad dan kami akan menginjak-injak seluruh umat Islam ini!” katanya lagi dalam strim langsung tersebut.
Difahamkan, Said Abu Mustafa merupakan ahli aktif Gereja Kristian Ortdoks di Ulyanovsk, Rusia.