GEMPAR! Kubah Masjid Makassar Runtuh, 12 Cedera
MAKASSAR, 27 Mac 2023 – Kubah Masjid Ittifaqul Jamaah di Kota Makassar, Sulawesi Selatan roboh secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan 12 mangsa cedera, semalam.
Kejadian tersebut disahkan oleh Ketua Daerah Makassar, Mohammad Ramadhan Pomanto, yang terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan berhubung insiden tersebut.
BACA JUGA: Individu Bukan Mahram Dilarang Buka Puasa Bersama
BACA JUGA: Bakal Haji Negara Digesa Segera Jawab Surat Tawaran Haji
BACA JUGA: Didakwa Menyalahi Undang-Undang, 137 Orang Asli Mohon Batal Status Islam
Menurut warga tempatan, Lukman, kejadian berlaku ketika jemaah baru sahaja menunaikan solat Isyak dan menunggu untuk mendengar ceramah Tarawih.
“Habis solat Isyak terus ceramah tarawih, sementara ustaz berdoa untuk bersedia menunaikan solat Terawih, tiba-tiba kubahnya roboh,” kata Lukman.
Kata Pengurus masjid itu pula, insiden tersebut tidak dijangka berlaku kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk runtuh dan menimpa jemaah.
Kesemua yang tercedera bagaimanapun telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pihak polis turut melakukan siasatan berhubung insiden tersebut.