Antarabangsa

Gempar! Kediaman Dirempuh Pesawat Piper, 8 Terkorban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COLOMBIA, 22 November 2022 – Rempuhan Pesawat Piper di sebuah kawasan kediaman Medellin, Colombia dilaporkan telah meragut lapan nyawa yang merupakan penumpang serta kru pesawat.

Berdasarkan laporan media, pesawat malang yang menuju ke perbandaran Pizarro itu telah melaporkan kegagalan enjin semasa berlepas namun tidak berjaya dalam usaha berpatah balik ke Lapangan Terbang Olaya Herrera.

Lapangan tersebut melalui hantaran di Twitter memaklumkan, kesemua mangsa melibatkan enam penumpang dan dua anak kapal.

Dalam pada itu, tiada mangsa yang dilaporkan cedera atau terbunuh dalam kediaman yang mengalami kerosakan teruk itu.

Jabatan Pentadbiran Pengurusan Risiko Bencana (DAGRD) mengucapkan takziah serta solidariti mereka terhadap keluarga dan rakan mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: