Antarabangsa

Gempar: Bakteria Salmonella Ditemukan Di Kilang Coklat Terbesar Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELGIUM, 03 Julai 2022 – Pengeluaran coklat dihentikan serta-merta di kilang coklat terbesar dunia susulan penemuan bakteria jenis Salmonella yang boleh membahayakan kesihatan.

Kilang yang diurus pengeluar coklat dunia, Barry Callebaut, telah menghentikan proses pengeluaran cairan coklat yang bakal dihantar untuk diproses oleh pengeluar coklat.

Namun, lapor The Malaysian Reserve, setakat ini masih belum ada laporan mana-mana pelanggan yang terkena penyakit Salmonellosis, sejenis penyakit yang timbul daripada bakteria Salmonella tersebut.

Firma pengeluar coklat terbesar dunia tersebut telah menghubungi klien-klien terlibat untuk memaklumkan situasi terbabit.

Salmonella adalah sejenis bakteria yang kebiasaannya terdapat pada sumber makanan atau minuman yang tercemar, di mana gejala biasanya adalah sakit perut, cirit-birit, demam dan kekejangan perut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: