Gempa Turkiye-Syria: Yang di-Pertuan Agong Seru Rakyat Malaysia Hulur Bantuan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUANTAN, 09 Februari 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi yang melanda kedua-dua negara berkenaan baru-baru ini.
Titah Seri Paduka Baginda, “Kita harus bersyukur di sini (Malaysia) kita hanya hadapi banjir. Kita harus bersabarlah, bersyukur… kita memang sedih kejadian di Turkiye dan Syria, kalau perlu beri bantuan, kita semua harus hulur bantuan.”
BACA JUGA: Tragedi MH17: Ramai Lagi Suspek Akan Dikenal Pasti
BACA JUGA: Malang Sekali Orang Islam Jadi Jurucakap Perkara Mungkar – Ridhuan Tee
BACA JUGA: Selepas Gempa Teruk, Pelabuhan Turkiye ‘Disambar’ Api Besar
Kebawah Duli Tuanku bertitah sedemikian ketika berkenan menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Al-Ubudiah Al-Jariah, Taman Guru, Kuantan hari ini.
Bukan itu sahaja, menerusi hantaran Istana Negara, Seri Paduka Baginda juga bertitah agar semua masjid dan surau seluruh negara mengadakan Solat Sunat Hajat dan Solat Jenazah Ghaib bagi memohon ihsan Allah SWT buat keselamatan mangsa yang terlibat dengan tragedi gempa bumi serta ahli keluarga mereka.
Mengulas lanjut mengenai situasi banjir negeri Pahang, Seri Paduka Baginda bertitah tentang keadaan cuaca yang baik sejak Selasa dan diharap berterusan agar semua penduduk yang terjejas akibat banjir dapat pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.