Tempatan

Gempa Turkiye-Syria: Kemasukan NGO Malaysia Perlu Mohon Kelulusan Tuan Rumah – Wisma Putra

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Badan bukan Kerajaan (NGO) Malaysia yang hendak memasuki Turkiye atau Syria bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Tuan Rumah terlebih dahulu.

Wisma Putra menerusi sebuah hantaran di laman Twitter rasminya mengeluarkan notis berkenaan selepas pertemuan antara Sekretariat Bersama Dalam Memudahkan Bantuan kepada Turkiye dan Syria bersama NGO-NGO Malaysia bagi menyelaraskan penyaluran bantuan dan bekalan kemanusiaan.

“Permohonan NGO-NGO Malaysia perlu dimajukan kepada [email protected],” memetik kepada notis tersebut.

BACA JUGA: British Gagal Jalankan Tanggungjawab Pertahan Tanah Melayu Daripada Serangan Jepun

BACA JUGA: Hormat Hak Istimewa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam Tegas Pemimpin PAS

BACA JUGA: Hentikan Perobohan Rumah & Pengusiran Rakyat Palestin – OHCHR

Dalam hantaran yang berasingan, Wisma Putra memberitahu bahawa pihak Kerajaan telah mengarahkan satu Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik bagi mendapatkan gambaran dan membuat penilaian di lapangan berhubung bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

Hantaran itu turut menyenaraikan keperluan asas kritikal yang amat diperlukan oleh mangsa-mangsa gempa bumi seperti bekalan makanan, bekalan ubat-ubatan serta peralatan perubatan termasuk Kit Bantuan Kecemasan.

Untuk makluman, bencana gempa bumi yang menggoncang bumi Turkiye dan Syria pada minggu lalu telah mengakibatkan lebih 21,000 nyawa terkorban.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: