Antarabangsa

“Amat Memalukan Bagi Kami”, Gereja England Mengaku Terlibat Perdagangan Hamba

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

UNITED KINGDOM, 2 Februari 2023 – Church of England sebenarnya mengetahui bahawa pihaknya telah membuat pelaburan bagi pemerdagangan hamba transatlantik sewaktu kurun ke 18, sebagaimana yang diakui oleh ketua bahagian pelaburan organisasi tersebut.

Pengakuan tersebut dibuat setelah 100 juta British pound digunakan bagi tujuan seakan-akan menebus kesalahan mereka berkenaan dengan aktiviti pemerdagangan hamba yang dilakukan sebelumnya.

Pesuruhjaya gereja tersebut yang terlibat menguruskan portfolio pelaburan yang bernilai 100 juta pound itu akan menggunakan dana tersebut untuk disalurkan kepada komuniti-komuniti yang telah terkesan berikutan perhambaan sebelumnya.

Dana tersebut juga akan digunakan bagi tujuan kajian dan penglibatan yang berkenaan dengan hubungan gereja itu dengan aktiviti perhambaan.

Sebuah laporan mendapati bahawa generasi awal bagi dana pelaburan tersebut yang dinamakan dengan Queen Anne’s Bounty telah membuat sejumlah pelaburan yang besar bagi tujuan pemerdagangan hamba di bawah South Sea Company pada kurun ke 18.

Gereth Mostlyn, ketua eksekutif bagi Pesuruhjaya Gereja itu menyatakan bahawa tidak syak lagi, mereka yang membuat pelaburan tersebut sebenarnya mengetahui yang syarikat South Sea Company terlibat dalam perniagaan hamba.

Mostlyn pada kenyataan yang sama pada Rabu lalu turut menyatakan bahawa perkara tersebut kini menjadi sesuatu yang amat mengaibkan bagi pihak gereja, dan beliau turut membuat permohonan maaf bagi pihak gereja yang diwakilinya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: