Antarabangsa

Gempa Bumi Gegar Nepal Pagi Tadi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KATHMANDU, 25 Julai 2022 – Nepal digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 4.1 awal pagi tadi. Gempa yang berlaku di 21 km NNE Nagarkot, Nepal itu merekodkan pusat gempa pada kedalaman 10.0 km, ditentukan pada 27.907°U darjah latitud Utara dan 85.573°E darjah bujur timur.

Menurut Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), fenomena alam ini berlaku pada pukul 5.52 pagi tadi.

Mei baru-baru ini, gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter menggegar daerah Lamjung, Nepal menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera.

Pada tahun 2015, News of Bahrain melaporkan, Nepal digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 7.8 pada 25 Mei 2015 yang mengorbankan 8,964 orang dan mencederakan hampir 22,000 orang.

Gempa bumi yang dikenali sebagai Gempa Gorkha itu turut menggegarkan beberapa buah bandar di seluruh India utara dan gegaran turut dirasai di Lahore, Pakistan, Lhasa di Tibet, dan di Dhaka, Bangladesh. Berikutan gempa itu, lapangan terbang antarabangsa Kathmandu telah ditutup.

Malah, gempa bumi itu turut mencetuskan runtuhan salji di Gunung Everest, mengorbankan 22 orang.

Gempa bumi terburuk dalam sejarah di Nepal berlaku pada tahun 1934. Menurut rekod, gempa bumi bermagnitud 8.0 itu telah memusnahkan bandar Kathmandu, Bhaktapur dan Patan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: