Tempatan

Gempa Bumi Di Sabah, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 April 2023 – Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gegaran direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan pusat gempa bumi terletak di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.

BACA JUGA: Kemasukan Ke Wad Kes COVID-19 Meningkat 26%

BACA JUGA: Kementerian Sahkan Malaysia Berisiko Gempa Bumi

BACA JUGA: Aidilfitri: Ribut Petir Dijangka Landa Malaysia Dua Hari Berturut-Turut

Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, jelas jabatan itu.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machael mengesahkan tiada bangunan di kawasan itu yang terjejas atau rosak susulan gempa bumi berkenaan.

“Setakat ini, bomba tidak menerima panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi berkenaan. Hasil pemantauan juga mendapati tiada sebarang kerosakan pada struktur bangunan dan premis di daerah ini,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: