Gempa Bumi Di Indonesia, Terasa Sehingga Ke Australia
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JAKARTA, 10 Januari 2023 – Gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter menggegarkan kepulauan Indonesia dan Timor Leste pada pagi ini.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa berada di 427 kilometer sebelah selatan pulau Ambon dengan kedalaman 95 kilometer.
BACA JUGA: Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku
BACA JUGA: Saudi Lanjutkan Tempoh Penjara Ulama
BACA JUGA: Penganalisis Dedahkan TikTok Alat Propaganda AS Dan China
Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata, gempa berkenaan memiliki kekuatan sehingga 7.9 skala Richter dengan pusat gempa berada di laut sekitar 148 kilometer Barat Laut Maluku Tenggara.
#Gempa Dirasakan Magnitudo: 7.9, Kedalaman: 131 km, 10 Jan 2023 00:47:34 WIB, Koordinat: 7.25 LS-130.18 BT (Pusat gempa berada di laut 148 km BaratLaut MALUKUTENGGARABRT) #BMKG https://t.co/OiHiTwvX8x
— BMKG (@infoBMKG) January 9, 2023
Menurut BMKG, beberapa gempa susulan turut berlaku dengan magnitud 5.5 sehingga dirasai di pulau Timor, kepulauan Maluku dan Papua.
#Peringatan Dini Tsunami di MALUKU,SULTRA, Gempa Mag:7.9, 10-Jan-23 00:47:34WIB, Lok:7.25LS,130.18BT,Kdlmn:131Km #BMKG #gempa #pelabuhan #kotatual pic.twitter.com/U8F9si8s8O
— CaSpEr CaRtUn (@CartunCasper) January 9, 2023
Getaran gempa berkenaan dilaporkan turut terasa hingga ke Darwin, ibu kota Wilayah Utara Australia, sehingga lebih kurang 2,800 orang melaporkannya ke agensi Geoscience Australia.
We’ve received over 2800 felt reports around the Top End following a magnitude 7.6 earthquake in the Banda Sea, Indonesia this morning. Although Darwin is over 600km from the Banda Sea, many earthquakes occurring in the region are felt in Australia. https://t.co/xHlwWO6HRc. pic.twitter.com/dymvTkMTGT
— Geoscience Australia (@GeoscienceAus) January 9, 2023
Agensi Geofizik Indonesia pada mulanya memberi amaran tentang kemungkinan tsunami, dan kemudian menarik balik amaran itu.