Antarabangsa

Gempa Bumi Dahsyat Menggegarkan FIlipina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANILA, 27 Julai 2022 – Bahagian utara Filipina digegarkan dengan gempa bumi sekuat 7.0 magnitud sehingga menyebabkan kematian sekurang-kurangnya seorang mangsa, dan menyebabkan runtuhan beberapa struktur sebentar tadi.

Gempa bumi yang melanda 8:43 pagi waktu tempatan di kawasan seluas 13 kilometer di kedalaman 10 kilometer, menurut Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina.

Dalam kenyataan, Ching Bernos, Datuk Bandar wilayah La Paz berkata, gempa tersebut telah “mengakibatkan kerosakan banyak rumah dan bangunan,” dan “juga melanda di sekitar Luzon dan kini banyak tempat sedang mengaktifkan “tindakan-tindakan awal di banyak tempat”.

Gegaran itu juga turut dirasai di ibu negara Manila walaupun sejauh lebih 400 kilometer dari tempat kejadian.

Sebagai tindakan berjaga-jaga, ramai penduduk dan pekerja keluar daripada bangunan untuk berhimpun di kawasan terbuka di jalanan.

Filipina, negara yang mempunyai lebih daripada 7,000 buah pulau terletak di atas Lingkaran Api Pasifik, kawasan di mana plat-plat tektonik kadang-kadang bergeser sehingga mengakibatkan gempa bumi merbahaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: