Antarabangsa

Gempa Bumi China Ragut 46 Nyawa Setakat Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 06 September 2022 – Sekurang-kurangnya 46 orang dilaporkan terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 yang melanda wilayah barat daya China, Sichuan pada Isnin lalu.

Menurut media antarabangsa,  17 orang maut di bandar Ya’an, manakala 29 kematian dilaporkan di wilayah jiran Ganzi.

“16 orang lagi hilang dan 50 cedera,” lapornya.

Gempa bumi kuat melanda kira-kira 43 kilometer tenggara bandar Kangding di wilayah Sichuan pada kedalaman 10 kilometer sehingga merosakkan kediaman dan menyebabkan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik.

Tinjauan awal selepas kejadian menunjukkan beberapa bandar di wilayah Sichuan telah mengalami kerosakan serius pada perumahan akibat tanah runtuh dari lereng bukit manakala talian telekomunikasi telah terputus di beberapa kawasan.

Gegaran turut dirasai di ibu kota wilayah berhampiran Chengdu dan timur Tibet.

Lebih 500 anggota penyelamat telah dihantar ke pusat gempa manakala sebilangan pekerja ditugaskan membersihkan jalan yang terhalang oleh tanah runtuh yang dicetuskan oleh gegaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: