Tempatan

Perempuan Tertindas, Hentikan Ketidakadilan Mahkamah Syariah – SIS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022- “Sudahlah golongan perempuan menghadapi ketidakadilan dan tertindas di bawah bumbung rumah sendiri, apabila mereka berpaling dan mengharapkan kepada institusi keadilan dalam membela nasib mereka, kesusahan dan kepayahan lain pula yang terpaksa mereka hadapi,” kata Sisters in Islam (SIS) dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

NGO itu menegaskan bahawa Mahkamah Syariah mesti memastikan hak-hak golongan ibu ini terjamin serta keadilan ditegakkan dengan serta-merta.

Menurut SIS, ramai perempuan telah mengalami kesusahan di dalam sistem Mahkamah Syariah di Malaysia.

NGO itu turut menekankan bahawa Mahkamah Syariah perlu memperbaiki beberapa perkara antaranya dari segi urusan pentadbiran, kerumitan prosedur, permohonan wali hakim, hak penjagaan anak, mutaah dan nafkah, permohonan poligami dan perkahwinan kanak-kanak.

“Pentadbiran Mahkamah Syariah juga didapati menutup kaunter mahkamah atau kaunter bayaran pada seawal 3 petang dan bukan seperti yang seharusnya iaitu pada 5 petang. Ini menyebabkan kesukaran pihak-pihak untuk melangsaikan denda, atau lain-lain bayaran dan terpaksa ditangguh,” kata SIS lagi.

Menyentuh mengenai mutaah dan nafkah, SIS berkata, klien Telenisa, sebuah klinik bantuan guaman kendalian SIS, telah berjaya dalam tuntutannya. Apabila dia memohon kepada mahkamah agar satu perintah untuk mengambil sebahagian gaji suaminya yang gagal mematuhi perintah mahkamah dikeluarkan, mahkamah enggan mengeluarkannya.

“Ini amatlah merisaukan dan menyedihkan. Siapa lagi yang boleh perempuan harapkan untuk mendapatkan keadilan bagi diri mereka dan anak-anak? Soal SIS.

Justeru, SIS menggesa agar Mahkamah Syariah memperbaiki sistem sedia ada berbanding mempertingkatkan dan memartabatkan sistem perundangan Syariah selain menghentikan penindasan ke atas perempuan.

“Keadilan ditunda adalah keadilan dinafikan,” kata SIS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: