Tempatan

Gelek Kepala Ucap Deepavali, Ti Lian Ker Dihentam Netizen

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Gelekan kepala berulang kali Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker sewaktu mengucapkan selamat Deepavali kepada penganut agama Hindu telah menimbulkan kemarahan para netizen terutamanya daripada bangsa India.

Mereka menganggap gerakan kepala Naib Presiden MCA tersebut sambil memberi ucapan dalam bahasa Tamil itu sebagai berlebihan dan bertujuan mempersendakan masyarakat India di negara ini.

Ramai netizen meluahkan rasa kesal setelah menonton video tersebut termasuk ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy yang menyifatkan perbuatan tersebut tidak cocok dengan kedudukan Ti Lian Ker yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Perpaduan.

“Kenapa goyangkan kepala kamu begitu? Ingat kelakar ucapkan Selamat Deepavali pada masyarakat India dengan cara sebegitu? Tidak kelakar la Ti… Tidak kelakar. Timbalan Menteri Perpaduan konon.”

1-1-251x300.png

Beberapa orang netizen lain turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka sebagai respon pada video ucapan itu.

Why are you overdoing head shake? Are you a standup comedian or what? (@kalairuban07) 

2-300x115.png

What with the head movement gesture? Stop being condescending. (@vivek_sarati) 

3-300x109.png

Selain Ti Lian Ker, sebelum ini seorang lagi mantan timbalan menteri, Teo Ni Ching juga telah dikecam netizen setelah menggunakan perkataan makian tidak sesuai kepada rakyat negeri Melaka tanpa sengaja ekoran kegagalannya sendiri untuk memahami bahasa dan budaya masyarakat tempatan.

Teo Ni Ching telah memuat naik poster yang tertulis perkataan”Lahabau Melaka, Jom Undi” sebagai sokongannya kepada kempen Pakatan Harapan bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka.

Leave a Reply

Back to top button