Tempatan

Gejala Seks Rambang Dikalangan Remaja Bawah Umur Membimbangkan-Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 JUN 2023 – Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr. Muruga Raj Rajathuraj telah menyatakan bahawa aktiviti seksual dalam kalangan remaja terutamanya tanpa sebarang perlindungan kini sentiasa menjadi kebimbangan bagi mereka yang berusaha kearah kesejahteraan orang muda.

Menurutnya lagi, data terkini yang diperoleh telah mengesahkan kajian-kajian yang terdahulu yang menunjukkan trend yang membimbangkan.

Beliau membuat kenyataan sedemikian sewaktu mengulas mengenai Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun 2022 yang mendedahkan bahawa 33 peratus daripada kalangan remaja di Malaysia telah terlibat dalam hubungan seks sebelum mencapai usia 14 tahun.

BACA JUGA: Wabak Tapak Sulaiman “Crown of Thorns” Dikesan Di Lahad Datu

BACA JUGA: Agama Itu Untuk Mengatur Diri Sendiri Bukan Mengatur Orang Lain – Siti Kasim

BACA JUGA: Hilang 70% Pekerja Kemahiran Tinggi, Punca Negara Bergantung Pada Warga Asing

Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh Institusi Kementerian Kesihatan bagi Kesihatan Awam, seramai 154,646 orang yang berusia di antara 13 hingga ke 17 tahun didapati telah melakukan hubungan seks.

Menurut institusi yang sama, jumlah yang diperolehi adalah daripada jangkaan populasi yang diambil dari 7.6 peratus sampel bagi 33,523 orang pelajar sekolah menengah yang berusia daripada 13 hingga ke 17 tahun yang dilaporkan telah melakukan hubungan seks.

Manakala menurut Kajian Kesihatan Remaja NHMS 2022 yang telah dijalankan dalam tempoh dari 12 Jun hingga 08 Julai tahun lalu mendapati dua daripada tiga remaja Malaysia aktif melakukan hubungan seks dan 88 peratus daripada mereka yang melakukan seks tidak menggunakan sebarang bentuk perlindungan.

Muruga turut menyatakan bahawa peranan ibu bapa dalam hal ini adalah penting bagi mengetahui keberadaan serta keadaan anak-anak mereka. Selain itu, pindaan undang-undang bagi remaja dalam hal ini juga perlu diambil kira termasuklah berkenaan dengan pengawasan alat kontrasektif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: