Antarabangsa

Gejala Kolera Melanda Kawasan Gempa Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 01 Mac 2023 – Petugas kecemasan yang bertugas di kawasan yang dikawal oleh kelompok pembangkang di Syria telah menyatakan bahawa dua orang telah meninggal dunia akibat kolera di barat laut Syria setelah kejadian gempa bumi baru-baru ini.

Pertahanan Awam Syria telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah kematian akibat kolera kawasan barat laut negara tersebut telah meningkat kepada 22 kes sejak penularan wabak tersebut pada tahun lalu.

BACA JUGA: Selepas Menu Rahmah, Kerajaan Perkenal Menu RM2

BACA JUGA: PERHATIAN: Amaran Banjir Di Negeri Pahang Dan Johor Hari Ini

BACA JUGA: Premis Warga Asing Digempur MBK, Seorang Lelaki Ditahan

Menurut pihak yang sama, kemusnahan infrastruktur, saluran air dan kumbahan setelah gempa tersebut meningkatkan lagi kemungkinan penularan wabak tersebut.

Kejadian gempa bumi yang menimpa kawasan penempatan pelarian yang sebelum ini sudahpun menghadapi masalah kekurangan kebersihan serta akses untuk air bersih, telah memburukkan lagi keadaan.

Salah seorang aktivis yang bertugas di kawasan tersebut menyatakan bahawa sebelum berlakunya gempa bumi tersebut, 63 peratus daripada penghuni kem pelarian itu sudahpun berhadapan dengan masalah saliran kumbahan, manakala 42 peratus pula berhadapan dengan masalah kekurangan air bersih.

Menurutnya lagi, petugas kesihatan dan hospital sedang bersusah payah untuk merawat mangsa gempa bumi. Mereka juga sedang berhadapan dengan masalah kekurangan peruntukan kerana tindak balas PBB yang dilihat semakin perlahan dan tidak menepati keperluan.

Sebuah laporan daripada Majlis Keselamatan PBB yang dikeluarkan pada minggu lalu menyatakan bahawa penularan kini menjadi semakin buruk berikutan masalah kekurangan air yang sangat buruk di seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: