Tempatan

MUDA Wilayah Persekutuan Tuntut Datuk Bandar Dipilih, Bukan Dilantik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 – “Peruntukan yang memberikan kuasa lantikan kepada Datuk Bandar harus digubal. Rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya harus memilih wakil rakyat mereka di dalam pilihanraya kerajaan tempatan dan Datuk Bandar mestilah dipilih oleh rakyat bukannya dilantik.”

Ini kenyataan tegas dari parti MUDA Wilayah Persekutuan yang menuntut agar individu yang memegang jawatan Datuk Bandar adalah dipilih, bukan dilantik.

Menurut mereka dalam satu kenyataan, kegagalan PBT untuk menyelesaikan masalah penduduk juga sering menjadi perbualan dan ketidakpuashatian penduduk.

BACA JUGA: Bayaran Kenaikan Elaun Guru KAFA Akan Diuruskan – JAKIM

BACA JUGA: Bomba Sahkan Kes Kebakaran Meningkat 75.6%

BACA JUGA: Palestin Seru Malaysia Mengajak Dunia Pertahan Masjidil Aqsa

Oleh itu, bagi menangani masalah-masalah penduduk yang banyak dan juga mengendalikan penghasilan yang besar, adalah tidak munasabah jika tidak ada jenis pilihanraya atau proses demokrasi yang membolehkan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menentukan siapa wakil mereka.

“Suara dan kerisauan rakyat Kuala Lumpur pada masa ini cuma dibawa oleh Ahli Parlimen kami. Akan tetapi, segala permasalahan harian kerajaan tempatan ini bukanlah kerja hakiki Ahli Parlimen,” kata MUDA Wilayah Persekutuan.

Tambah mereka, implikasi dari sistem yang tidak ada kebertanggungjawaban kepada pembayar cukai dan juga pengurusan hasilnya adalah korupsi.

Justeru, adalah lebih telus jika penduduk atau pengundi ini tahu kemana perbelanjaan PBT dan lebih baik jika penduduk dan pengundi boleh memantau dan membuatkan wakil yang dipilih bertanggungjawab.

“Ini juga bukan sahaja dapat melibatkan rakyat dalam proses demokrasi kerajaan tempatan, tetapi ia juga boleh meningkatkan keupayaan pentadbiran DBKL dan Perbadanan Putrajaya,” tegas mereka lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: