Tempatan

Gardenia Naik Harga Lagi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produknya akan mengalami kenaikan harga antara RM0.10 hingga RM0.50 sen bermula 1 September ini.

Antara harga baharu untuk beberapa produk ialah Gardenia Original Classic RM3; Gardenia Wholemeal (RM4); rangkaian Gardenia Toast’em (RM5.50); Gardenia Twiggies (RM2); Gardenia Waffles (RM1.50) dan Roti Krim Gardenia (RM1.10).

Menurut pengurusan Gardenia KL, keputusan itu diambil selepas meneliti beberapa faktor yang memberi kesan ketara kepada kos operasi mereka seperti kenaikan harga barang, pelaksanaan gaji minimum malah bencana banjir di Shah Alam tahun lepas.

“Dalam beberapa bulan ini pihak kami terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung berprotein tinggi sebanyak 25 peratus dan serbuk putih telur lebih daripada 100 peratus, tepung gandum, gluten, susu skim, bread improver dan bahan-bahan pembungkusan roti,” kata Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

“Selain daripada faktor-faktor di luar kawalan kami ini, pelaksaan gaji minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan telah turut memberi kesan kepada kos operasi Gardenia KL.”

Walau bagaimanapun, Gardenia KL mengekalkan harga roti Gardenia Bonanza Keluarga pada RM2.75 sebuku, harga mampu-milik untuk roti putih 500 gram (g).

Kata mereka lagi, keputusan menaikkan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha bagi memaksimumkan kecekapan operasi dilaksanakan.

Sebelum ini, Gardenia sudah menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: