Terkini

Gaji Pekerja Tempatan Tidak Setimpal, Tidak Berbaloi – Presiden UNI-MLC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 – Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal menyatakan bahawa bayaran gaji kepada pekerja di negara ini masih tidak setimpal dan tidak berbaloi dengan usaha dan jumlah waktu bekerja.

Beliau yang meluahkan rasa kecewa melihat situasi sedemikian berkata, wujud ketidakseimbangan dari segi upah atau bayaran gaji kepada pekerja negara ini sambil mengambil contoh yang diberikan Perdana Menteri sebelum ini berhubung prestasi syarikat yang bagus namun terdapat kemusykilan terhadap pembayaran gaji pekerja.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan harapan agar lembaga pengarah di semua syarikat dalam negara ini untuk bersikap ambil tahu dan memainkan peranan dalam menyelesaikan isu berkaitan gaji di negara ini.

BACA JUGA: Aktivis Beri Peringatan Tentang Lagu Viral, Takut Tergelincir Akidah

BACA JUGA: 86 Hari Mogok Lapar, Pejuang Palestin Syahid Di Penjara Zionis

BACA JUGA: Bantuan RM15 Juta Kepada Sekolah Persendirian Cina Bukan Hak Tahunan Mereka – Peguam

Hal ini kerana, menurut beliau, peningkatan harga untuk keperluan serta kehendak di negara ini akan memberi tekanan kepada mana-mana individu khususnya yang telah berkeluarga.

Beliau yang berkata dalam program Pantau Agenda Reformasi Isnin lalu turut menekankan agar pihak majikan menitikberatkan tentang modul pekerjaan seiring dengan era digitalisasi dan arus pemodenan.

“Apa yang kurang sekarang ini adalah latihan walhal latihan itu sangat penting pada pekerja kerana hanya dengan latihan sahaja maka mereka boleh berubah daripada satu sistem pekerjaan kepada sebuah sistem pekerjaan lain. Kita kena wujudkan new space sekarang ini yang dilihat sangat penting.”

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pihak Kerajaan akan membincangkan isu berbangkit mengenai pelaksanaan gaji minimum dalam mesyuarat Jemaah Menteri bulan depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: