Antarabangsa

Gangguan Penerbangan, Delta Air Lines Bayar ‘Refund’ RM24 Bilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 01 September 2022 – Syarikat penerbangan Delta Airlines mengeluarkan RM24 bilion sejak 2020 sebagai langkah bayaran balik kepada pelanggan bagi penerbangan yang dibatalkan atau berlakunya perubahan penerbangan, kata Ketua Eksekutifnya, Ed Bastian.

“Sejak awal tahun 2020 kami telah membayar balik lebih 11 juta tiket berjumlah RM24 bilion, di mana 20 peratus telah berlaku pada tahun 2022,” tulis Bastian kepada Setiausaha Pengangkutan, Peter Buttigieg dalam surat yang diumumkan semalam.

Buttigieg baru-baru ini turut berkata jabatannya telah menyelesaikan siasatan ke atas sepuluh syarikat penerbangan ke atas langkah bayaran balik itu. Beliau juga menyatakan pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan serta mencadangkan peraturan baharu mengenai bayaran balik tiket.

Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan itu turut mendepositkan 10,000 batu penerbangan tambahan dalam akaun pelanggan tetapnya yang penerbangannya dibatalkan antara 1 Mei hingga 7 Julai.

Julai lalu, Senator Demokrat, Edward Markey, Sheldon Whitehouse, Richard Blumenthal serta hampir 20 Ahli Parlimen Dewan Rakyat telah memperkenalkan undang-undang untuk memberikan pengguna hak bayaran balik untuk pembatalan tiket dan penerbangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: