Tempatan

Game Orang Tengah: Sayur Import Racun Tinggi Untuk Orang Malaysia, Sayur Tempatan Berkualiti Untuk Singapura?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 Disember 2021 – Pendedahan netizen yang terlibat dengan industri pertanian sayur bahawa rakyat Malaysia diberikan sayur import yang tercemar dengan racun sedangkan sayur tempatan yang berkualiti dijual kepada Singapura adalah amat mengejutkan.

Fakta ini didedahkan oleh Coach Bahar, seorang usahawan dan penternak yang memiliki kebun sayur, melon, kandang kambing juga ayam.

“Aku nak cerita sikit. Aku ada kenal seorang taukey yang dia ada bini dari thailand. Dia main sayur je. Kata dia, satu lori dari seberang hantar ke pasar borong kat KL atau JB sekurangnya dia boleh untung bersih RM5000. Sehari dia jalan 5 lori. Amacam.. Senang buat untung ma.”

“Sayur kita, import ke Singapore. Katanya sebab kat Malaysia guna racun yang terkawal. Tapi sayur yang pakai racun kuat macam kat thailand dan china beri makan kat orang Malaysia,” tambahnya lagi.

Ujar Coach Bahar, permainan harga sayur ini sebenarnya dimainkan oleh orang tengah, bukan pekebun.

“Bila barang keluar banyak sikit taukey tu cakap “sekarang orang tak banyak beli. Barang mahal”. Ini semua trik je sebenarnya.”

Katanya lagi, apabila barang sayur mahal, pemborong akan mula menekan kerajaan dan mengupah NGO untuk melakukakan demonstrasi dan menghantar memorandum.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata faktor cuaca termasuk hujan tidak menentu serta kerosakan tanaman petani di Cameron Highlands, menyebabkan bekalan sayur-sayuran di pasaran berkurangan hingga menyumbang kepada kenaikan harga.

Malah, bekalan sayur import turut berkurangan kerana negara pengeluar mengalami musim sejuk melampau.

Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pula memaklumkan tiada kenaikan harga sayur hingga 200 peratus sebagaimana dakwaan yang tular baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button