Tempatan

Gaji RM1,000 Sebulan Tanpa Slip Gaji Sudah Boleh Beli Rumah – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2022 – Rakyat yang tiada pekerjaan tetap dan tidak mempunyai slip pendapatan bulanan kini boleh memiliki rumah sendiri, menurut pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Pihak kerajaan sedia menyediakan bantuan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) sebanyak RM2 bilion bagi tujuan memudahkan mereka untuk mendapatkan pinjaman bagi pembelian rumah.

SJKP dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan dengan peruntukan RM2 bilion dalam Belanjawan 2022.

Kini mereka yang mencari rezeki sebagai pemandu teksi, petani, nelayan dan pekerjaan-pekerjaan lain boleh memiliki rumah pertama yang bernilai sehingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau sehingga peminjam mencecah usia 65 tahun.

Inisiatif sebegini adalah perkhabaran gembira bagi mereka yang berpendapatan kecil dengan purata kasar serendah RM1,000 sebulan tanpa slip pendapatan, yang sebelum ini terhalang daripada memiliki rumah sendiri sebagai tempat sekeluarga berteduh.

Perdana Menteri juga telah meminta Bank Negara untuk melihat semula model pembiayaan perumahan supaya institusi perbankan dapat memudahkan golongan B40 dan M40 untuk membuat pinjaman bagi pembelian rumah program perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik.

Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar matlamat Satu Keluarga Satu Rumah dapat dicapai, menurut Ismail Sabri.

Berdasarkan beberapa inisiatif lain yang sedang dan akan dilaksanakan nanti membuktikan keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban rakyat.

Pada masa kini, memiliki rumah sendiri adalah impian setiap rakyat untuk menjalani kehidupan lebih baik bersama keluarga.

Sokongan berterusan daripada kerajaan dan pihak berkaitan akan mempermudahkan urusan pinjaman perumahan tanpa sebarang birokrasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: