Gaji Rakyat Rendah, Rasuah Berleluasa Gagalkan Rancangan Intervensi Kerajaan – MTEM
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JUMAAT, 27 Mei 2022 – Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin dalam satu kenyataan menyatakan bahawa isu gaji rakyat di Malaysia masih begitu rendah dan gejala rasuah yang berlaku telah menggagalkan pelbagai intervensi Kerajaan.
Beliau menyatakan sedemikian dalam satu kenyataan MTEM yang menyokong ketetapan Kabinet yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam menangani isu kekurangan atau kos bekalan ayam dan makanan di negara ini.
BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam
BACA: Pemujaan Dewa Hanuman Mula Dimainkan Lawan Laungan Azan Subuh
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau
Menurut beliau, isu gaji rendah di kalangan rakyat merupakan salah satu faktor yang perlu diberi perhatian jika jihad memerangi orang tengah sepertimana yang diketengahkan kerajaan boleh dijayakan. Isu gaji rendah juga dilihat sebagai membuka ruang gejala rasuah berleluasa. Ia akan menggagalkan pelbagai usaha intervensi kerajaan terutamanya di dalam isu harga bekalan ayam.
“Ketegasan Kerajaan untuk terus mengekalkan harga ayam standard pada RM8.90 menggambarkan kesungguhan Kerajaan untuk memastikan rakyat dapat terus menikmati ayam pada harga yang berpatutan, wajar dipuji! Kerajaan yang benar benar prihatin.”
Selain dari perhatian kepada isu gaji dan rasuah, MTEM turut mencadangkan supaya sebuah Lembaga Unggas yang adil dan mampan ditubuhkan bagi mengimbangi keperluan pengguna dan pengusaha atau pengeluar ayam dan telur sama ada yang kecil atau yang besar. Ini supaya, perkara seperti meminggirkan semua pemegang taruh khususnya pengusaha penternak ayam dan telur berskala kecil yang terdiri daripada kalangan orang Melayu dan Bumiputera tidak berlaku.
Lembaga ini juga boleh memastikan harga ayam terus kekal seperti yang sepatutnya tanpa meletakkan harga siling apabila ia dapat mengimbangi jumlah bilangan ayam import, bilangan keluaran berskala kecil dan bilangan keluaran yang berskala besar.
“Ini akan memastikan industri dapat bertahan dan rakyat tidak tertekan dengan permainan nakal orang tengah. Pasaran tidak lagi kawal oleh kartel.”
Susulan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) itu turut menyatakan harapan beliau dengan berkata, MTEM berharap agar ketetapan Kabinet YAB Dato Sri Ismail Sabri dengan perincian yang halus dan objektif yang jelas serta penambahbaikan dapat melaksanakan dan menunjukkan hasil dalam kadar yang segera.
“Jika tidak, bekalan ayam dan makanan bukan sahaja berkurang tapi akan menjadi mahal setelah pengeluar tempatan tidak lagi mampu mengeluarkan hasil yang rakyat perlukan dan kita pula terlalu bergantung pada import ketika itu.”
“Kita mesti elak keadaan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran pula,” ujar Abdul halim Husin.