Tempatan

Gaji Pekerja Dijangka Melonjak Hingga Lima Peratus 2023 Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 November 2022 – Median kenaikan gaji pekerja di Malaysia dijangka melonjak hingga lima peratus menjelang 2023 ini, menurut laporan tahunan Total Remuneration Survey (TRS) 2022 oleh Mercer.

Firma pengurusan aset itu berkata, jumlah tersebut adalah peningkatan daripada 4.8 peratus tahun ini dan ia kembali ke tahap pra pandemik seperti pada tahun 2019.

Katanya, industri runcit dan barangan pengguna bakal menyaksikan peningkatan terbesar menjelang 2023 ini dengan kadar kenaikan gaji sebanyak lima peratus berbanding 4.5 peratus dan 4.6 peratus pada tahun 2022.

Menurut Ketua Perniagaan Karier Mercer untuk Malaysia, Koay Gim Soon, kenaikan gaji dalam industri runcit dan barangan pengguna ini disebabkan faktor perbelanjaan pengguna yang kukuh serta pembukaan semula ekonomi.

Manakala, perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (SSO) dan industri berteknologi tinggi pula kekal dengan peningkatan gaji sebanyak lima peratus yang bermula pada tahun ini.

Kenaikan gaji ini menandakan bahawa kedua-dua industri itu mengalami mempunyai kestabilan relatif biarpun berada dalam tekanan inflasi dan isu rantaian bekalan.

Walau bagaimanapun, biarpun kaji selidik ini mendapati penurunan dalam kadar pengangguran, namun katanya pihak majikan masih mengamalkan langkah berhati-hati untuk pengambilan pekerja menjelang 2023 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: