Antarabangsa

Gabenor Texas Guna Kod Bar Terhadap Imigran – Pegawai Bandar New York

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEXAS, 28 Ogos 2022 – Manuel Castro, Suruhanjaya Bagi Hal Ehwal Pendatang Asing New York telah membuat kenyataan bahawa gelang kod bar yang digunakan oleh Greg Abbott, Gabenor Texas bagi mengawasi dan mengenalpasti pendatang tanpa izin yang baru sampai di negeri tersebut adalah tidak berperikemanusiaan.

Castro berkata demikian setelah beberapa buah bas yang membawa ratusan pendatang tanpa izin tersebut sampai di bandar tersebut.

“Gabenor Abbott sedang menggunakan kod bar terhadap manusia dan melayan mereka dengan layanan yang tidak sepatutnya diterima oleh manusia, seolah-olah para pendatang tersebut adalah haiwan ternakan,” kata Castro.

Castro mendakwa bahawa beliau sangat terkejut melihat kanak-kanak memakai gelang kod bar dan melihat pegawai keselamatan melayan para pendatang tersebut dengan layanan yang tidak selayaknya bagi manusia.

Pejabat Abbott menjawab tuduhan Castro dengan menjelaskan bahawa gelang tersebut adalah merupakan “protokol standard” bagi Bahagian Pengurusan Kecemasan Texas, yang mana ianya bertujuan bagi memastikan agensi tersebut hanya menghantar para pendatang yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Abbott mula menghantar bas-bas yan dipenuhi dengan pendatang yang baru sampai ke New York dan Washington pada bulan lalu bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian terhadap apa yang beliau klasifikasikan sebagai “sebuah pencerobohan” daripada sempadan selatan Mexico di mana 3.2 juta pendatang tanpa izin telah ditangkap sejak Januari 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: