Antarabangsa

FTX ‘Bungkus’, Temasek Siasat Punca Kerugian & Reputasi Tercalar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 01 Disember 2022 – Temasek telah mengadakan proses semakan dalaman setelah syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka akan ‘write down’ pelaburan bernilai US$275 juta pada pertukaran FTX matawang kripto.

Perkara tersebut telah dinyatakan di Parlimen Singapura pada Rabu lalu oleh Timbalan Perdana Menteri negara itu, Lawrence Wong.

Proses semakan dalaman tersebut akan dijalankan oleh pihak berkecuali dan ianya bertujuan untuk “mengkaji dan menambah baik proses-prosesnya serta untuk mendapatkan pengajaran bagi masa akan datang”.

Wong yang juga merupakan seorang Menteri Kewangan, membuat kenyataan demikian ketika menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh beberapa Ahli Parlimen lain mengenai kesan kejatuhan FTX itu.

Wong turut menyatakan bahawa salah satu sektor di mana Temasek dan GIC beroperasi adalah dalam sektor teknologi baharu dan syarikat-syarikat yang baru memulakan operasi mereka.

Beliau juga turut menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang mengecewakan jika badan-badan pelaburan Singapura mengalami kerugian, sebagaimana yang telah dialami oleh Temasek dengan pelaburan FTX.

Pada sesi yang sama, beliau turut menyifatkan kerugian pelaburan FTX tersebut sebagai sesuatu yang telah merosakkan reputasi syarikat tersebut

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: