‘From The River To The Sea’ Dianggap Genosid, Akaun X Bakal Digantung
CALIFORNIA, 20 November 2023 – Penggunaan frasa ‘From the river to the sea’ dianggap sebagai genosid dan akan mengakibatkan akaun pengguna platform X digantung, kata CEO X, Elon Musk.
As I said earlier this week, “decolonization”, “from the river to the sea” and similar euphemisms necessarily imply genocide.
Clear calls for extreme violence are against our terms of service and will result in suspension. https://t.co/1fCFo5Lezb
— Elon Musk (@elonmusk) November 17, 2023
Memetik ciapan, “Seperti yang saya katakan awal minggu ini, ‘decolonization’, ‘from the river to the sea’ dan eufemisme serupa semestinya membayangkan pembunuhan beramai-ramai. Panggilan jelas untuk keganasan melampau adalah bertentangan dengan syarat perkhidmatan kami dan akan mengakibatkan penggantungan.”
Ciapannya itu mendapat kritikan dari suara-suara pro-Palestin dimana beliau telah mengehadkan kebebasan bersuara selain mendorong pengguna menggunakan frasa tersebut beramai-ramai.
Dilaporkan, frasa ‘decolonization’ dan ‘from the river to the sea’ mula ketara digunakan sejak Israel mula mengebom balas Semenanjung Gaza 7 Oktober lalu, yang setakat ini mengakibatkan pembunuhan seramai 13,000 rakyat Gaza dalam tempoh hanya enam minggu.
‘From the river to the sea’ merujuk kepada tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan malah sangat tertanam dalam identiti dan budaya rakyat Palestin. Ia sering diulangi kerana menyebut tentang hak untuk kembali, pembebasan dan penyahjajahan Palestin, serta kebebasan untuk rakyatnya.
Bagaimanapun, ahli politik dan kumpulan pro-Israel di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel menyalahtafsirkannya sebagai jenayah kebencian terhadap orang Yahudi.