Antarabangsa

Fobia Tragedi Rayan, Saudi Timbus Ribuan Telaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 10 Februari 2022 – Arab Saudi mengambil langkah segera untuk menimbus lebih kurang 2,450 ribuan telaga terbiar di seluruh negara bagi mengelakkan tragedi seumpama Rayan berlaku di sana.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi berkata, mereka sedar akan kesukaran operasi menyelamat mangsa yang terjatuh dalam telaga sepertimana yang telah berlaku di Maghribi baru-baru ini.

Pihak berkuasa Saudi mengambil pengajaran dari kisah Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di kampung Ighrane, Maghribi yang maut setelah terjatuh dan terperangkap sedalam 32 meter selama lima hari dalam telaga terbiar yang sempit.

Rakyat Arab Saudi juga diminta bekerjasama memberi maklumat berkenaan lokasi mana-mana telaga yang tidak selamat atau terdedah tanpa ditutup.

“Untuk memastikan keselamatan semua, kementerian menimbus ribuan telaga terbiar. Kita akan mencari dan terus bekerja untuk menimbus mana-mana perigi terbiar.”

“Laporan anda akan melindungi anda dan orang lain,” tegas kementerian itu.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: