Tempatan

6 Kereta Rosak Akibat ‘Air Terjun’ Pangsapuri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Oktober 2022 – Enam kereta dilaporkan rosak teruk dalam kejadian serpihan tangki air pecah di Apartmen Blok B Penaga Mas, Taman Mas, Sepang semalam.

Video rakaman kejadian diambil oleh seorang pengguna media sosial, memaparkan tangki air yang berketinggian 18.5 meter (60 kaki) pecah sehingga kelihatan seolah-olah seperti air terjun.

@ameiraaaa #puchong ♬ original sound – Eeveecenzo

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian yang berlaku pada jam 7.15 petang itu tidak mengorbankan sebarang kemalangan jiwa, hanya kerosakan harta benda dan kenderaan sahaja.

“Bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan.”

“Penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insuran,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: