Filipina Umum 4 Lokasi Baharu Pengkalan Tentera AS
MANILA, 05 April 2023 – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr telah mengumumkan empat pangkalan tambahan yang memberikan akses kepada pasukan Amerika Syarikat di bawah perjanjian pertahanan sedia ada untuk mengembangkan kerjasama ketenteraan.
Satu dari tapak berkenaan adalah berhampiran Laut China Selatan yang menjadi pertikaian dan satu lagi tidak jauh dari Taiwan.
BACA JUGA: KKM Tekad Tangani Masalah Doktor Kontrak – Menteri
BACA JUGA: Pertubuhan Islam Bantah Pembinaan Patung Mazu
BACA JUGA: Jho Low Rancang Derma Puluhan Juta Kepada Kempen Politik Obama
Melalui Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingkat 2014 (EDCA), terdahulu, lima pangkalan di Filipina telah diberikan akses kepada AS. Empat tapak baharu itu pula telah dinilai oleh tentera Filipina dan dianggap sesuai dan saling menguntungkan, kata Pejabat Komunikasi Presiden.
Ia menambah bahawa pangkalan-pangkalan itu juga akan digunakan untuk operasi kemanusiaan dan bantuan semasa bencana. Namun begitu empat pangkalan tambahan itu tidak didedahkan lagi sehingga hari ini sementara kerajaan berunding dengan pegawai-pegawai tempatan.
Hubungan AS yang semakin hangat di bawah pentadbiran Marcos Jr, telah berusaha mempercepatkan pelaksanaan pakatan itu selepas memegang jawatan itu pada Jun tahun lalu dan menerima pakai dasar luar yang lebih mesra AS.
China telah mengkritik perjanjian itu, yang mana kedutaannya di Filipina berkata, ini adalah sebahagian daripada usaha AS untuk mengepung dan membendung China melalui pakatan ketenteraannya dengan Filipina.
EDCA sebelum ini terhenti di bawah bekas Presiden Rodrigo Duterte, yang memihak kepada China dan mengancam untuk memutuskan hubungan dengan AS dan mengusir tenteranya.